HAYATI DOA INI

Doa

 

HAYATI DOA INI.

Hari Jumaat ialah diantara hari yang mana doa kita mudah dimakbulkan oleh Allah.

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa.

Alhamdulillahi robbil ‘Alamiin.
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.
.
.
Ya Allah..

Berilah kami hati yang lebih yakin
hati yang jitu
yang dapat mencintaiMU
.
.
Ya Rahiim.

Kau campakkanlah perasaan cinta kami
kepada Al Quran
supaya kami dapat membaca KalamMu
tiap-tiap hari.
Penuhilah juga dada kami dengan Al Quran.
Mudahkanlah juga urusan kami untuk
menghafal ayat-ayatMU itu.
Berikanlah kefahaman kami terhadap Al Quran.
Permudahkanlah urusan kami untuk
menyampaikan keindahan kalam-kalamMU.
.
.
Ya Waduud..

Campakkanlah juga perasaan cinta kami
terhadap kekasihMu & kekasih kami
Nabi Muhammad SAW (Allahumma Sollu ‘Ala Muhammad)
yang sanggup berkorban supaya kami
mengenalMU pada hari ini.
Jika bukan kerananya, kami tidak
akan mengenali apa itu ISLAM, IMAN & IHSAN.
.
.
Ya Razzaq..

Kau permudahkanlah urusan kami
dalam menjemput REZEKI KEWANGAN kami.
Hindarilah kami daripada belenggu HUTANG
yang menyebabkan hati kami tidak tenang dengannya.
.
.
Ya Wahhab..

jadikanlah kami insan yang berilmu
yang merasai makna hikmah
dengannya dapat kami mendidik diri.
.
.
Ya Latiif..

Lembutkanlah akhlak kami
ajarilah kami bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ikhlas
tanpa mengharap dibalas.
.
.
Ya Hannan..

Kurniakanlah kami hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang dengannya kami mendapat ketenangan.2
.
.
Ya Rahmaan..

Jadikanlah kami anak yang soleh
suami yang baik
bapa yang pengasih
agar rumahtangga dan keluarga kami
menjadi syurga di dunia
serta jambatan syurga ke akhirat nanti.
.
.
Robbana Aatina Fiddunya Hasanah Wal Aakhiroti Hasanah Waqina ‘Azaabannaar.

Wa Sollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin wa ‘Ala Aaalihii Wasohbihii Wasallam.
Walhamdulillahirobbil ‘Alaamiin..

Aamiin.. Ya Rabbal ‘Alamin..

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This