Formula Tambah Nun Kecil – Iltiqa’ Sakinain

Formula Tambah Nun Kecil

 

Kebanyakan pembaca Al Quran yang dalam proses belajar kadang-kadang tertinggal nak tambah Nun Kecil pada bacaan. Seperti contoh Muka Surat 27 ayat 180 Surah Al Baqarah.

 

Formula Tambah Nun Kecil

Formula Tambah Nun Kecil ( Iltiqa’ Sakinain )

 

Pada perkataan Khoiron Al Wasiyyah ini, sepatutnya dibaca dengan Khoironil Wasiyyah.

Formula Mudah dan Santai, Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Baris Bawah.

 

Terdapat lebih kurang 33 tempat yang biasa dijumpai di dalam Al Quran. Sebelum saya kongsikan tempat-tempat yang perlu ditambah Nun kecil ini. Kita tengok dulu perbezaan pada tulisan Rasm Uthmani & Rasm Imlai.

 

Kita sering mendengar orang-orang lama menyebut, ‘kena tambah NUN KECIL’ apabila tanwin bertemu hamzah wasol. Di dalam Rasm Uthmani tidak ditulis dengan NUN KECIL di bawahnya. Itu yang menyebabkan selalu tersalah & tertinggal.

 

Contoh Ayat 11 Surah Al Qiyaamah Muka Surat 554.

 Formula Tambah Nun Kecil

Tetapi pada Rasm Imlai (iaitu Rasm Quran lama atau selalu orang lama panggil “Quran Majid”) ditulis NUN KECIL.

 Formula Tambah Nun Kecil

 

Ada ramai yang memberi pendapat bahawa lebih baik menggunakan Quran Rasm Imlai, kerana kita tidak akan tertinggal lagi.

Dari segi hukum ditambah Nun Kecil, memang bagus. Tetapi, jika untuk orang yang dalam proses belajar, seelok-eloknya menggunakan Rasm Uthmani kerana banyak kekeliruan apabila anda menggunakan Quran Rasm Imlai. InsyaAllah saya akan terangkan di dalam artikel yang lain.

 

Ramai diantara kita tertanya-tanya apakah nama hukum ini? Nama hukumnya ialah ILTIQA’ SAKINAIN.

 

Apakah itu iltiqa’ sakinain?

 

Formula Tambah Nun Kecil

 

Ada dua persoalan yang perlu ditanya berkenaan dengan perbahasan ini. 

 

  1. Kenapa dibaca dengan huruf Nun? Huruf lain tak boleh ke?
  2. Kenapa Nun dibaca dengan baris bawah? Kalau baris atas @ depan tak boleh ke?

 

Iltiqo’ Sakinain. Kalau terjemah secara harfiah, maksudnya ‘pertemuan dua huruf mati’.

Saya akan datangkan satu contoh untuk anda lebih memahami apakah itu ‘pertemuan dua huruf mati’.

Contoh dari surah Al Qiyamah Ayat 12

Formula Tambah Nun Kecil

 

Ayat di atas menunjukkan tanwin bertemu huruf ل bertanda mati. Diantaranya ada huruf hamzah wasol. Di sinilah hukum Iltiqo’ Sakinain berlaku.

Sebelum kita memulakan, kita perlu fahami asas dahulu. Asalnya begini : Bunyi antara huruf dalam Al Quran akan mudah disambung jika tanda baris bertemu tanda mati atau tanda baris bertemu tanda baris. Itu asasnya.

Namun, jika tanda bertemu tanda mati, akan timbul masalah. Masalahnya adalah, kita tidak dapat menyambungkan bunyi antara kedua huruf mati tersebut kecuali salah satu darinya diberikan baris (samada baris atas atau bawah atau depan). Maka dalam contoh perkataan di atas, masalah ‘pertemuan dua mati’.

 

Faham ke Faham?

 

Formula Tambah Nun Kecil

 

Dalam perkataan ‘Yaumazin, huruf ذ  bertanwin bawah berbunyi ‘Zin. Maka terjawablah persoalan kenapa dibaca dengan Huruf Nun. Kerana Huruf Nun ini adalah tanwin yang tidak ditulis pada tulisan tetapi ada pada sebutan.

 

Formula Tambah Nun Kecil

 

Jika bunyi bertanwin dieja, ia menjadi begini :

 

Formula Tambah Nun Kecil

Nun berbaris mati dalam perkataan ‘Yaumaizin’ di atas adalah mati pertama’. Manakala mati kedua terletak pada huruf LAM selepasnya iaitu dalam perkataan “Mustaqar” :

Sila abaikan hamzah wasal diantaranya kerana ia tidak termasuk dalam perbahasan  kita.

Maka sekarang kita ada masalah kerana ada 2 huruf mati bertemu mati iaitu: NUN mati dan LAM mati. Kita tidak tahu bagaimana ingin menyambungkannya.

Inilah Jawapan untuk soalan kedua.

Ulama qiraat telah memberikan baris bawah untuk huruf kedua apabila berlakunya pertemuan dua huruf mati bagi bacaan Imam Hafs.

Maka huruf yang kedua ialah huruf NUN. Maka, sebab itulah huruf NUN dibaca dengan baris bawah. 

 

Maka sekarang jadilah ia begini : 

Formula Tambah Nun Kecil

‘Yaumazinil Mustaqar’. Itulah bunyi bagi hukum Iltiqa’ Sakinain.

 

NUN baris bawah hanya wujud pada bacaan bukan pada tulisan. Maksudnya dari sudut tulisan ia tetap tanwin. Cuma dari sudut bacaan ditambah NUN baris bawah.

 

Formula Mudah & Santai apa ye??

 

Formula Tambah Nun Kecil

 

Formula Mudah dan Santai, Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Baris Bawah.

Huruf NUN ini dipanggil NUN WIQOYAH, NUN WASOL, atau NUN IWADH.

NUN WASOL – Nun yang dibaca apabila bacaan sambung sahaja.

NUN IWADH – Nun yang diganti daripada tanwin

NUN WIQOYAH – Nun yang diletakkan untuk menjaga daripada tak boleh baca apabila bacaan sambung.

 

Alhamdulillah. Mudah & Senang kan ilmu tajwid. Sekarang saya ingin berkongsi 33 tempat yang perlu ditambah Nun kecil ini. Saya harap anda dapat tanda di dalam Al Quran untuk mengelakkan tertinggal.

 

Formula Tambah Nun Kecil

 

33 tempat yang perlu ditambah Nun Kecil di dalam Al Quran :

  1. Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180
  2. Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8
  3. Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158
  4. Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164
  5. Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177
  6. Muka Surat 190 Surah At Taubah Ayat 24
  7. Muka Surat 191 Surah At Taubah Ayat 30
  8. Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180
  9. Muka Surat 226 Surah Hud Ayat 42
  10. Muka Surat 257 Surah Ibrahim Ayat 18
  11. Muka Surat 259 Surah Ibrahim Ayat 26
  12. Muka Surat 265 Surah Al Hijr Ayat 61
  13. Muka Surat 276 Surah An Nahl  Ayat 87
  14. Muka Surat 302 Surah Al Kahf Ayat 77
  15. Muka Surat 303 Surah Al Kahf Ayat 88
  16. Muka Surat 309 Surah Maryam Ayat 7
  17. Muka Surat 333 Surah Maryam Ayat 61
  18. Muka Surat 335 Surah Al Haj Ayat 25
  19. Muka Surat 344 Surah Al Mukminun Ayat 38
  20. Muka Surat 360 Surah Al Furqon Ayat 4
  21. Muka Surat 362 Surah Al Furqon Ayat 26
  22. Muka Surat 371 Surah As Syuara’ Ayat 105
  23. Muka Surat 372 Surah As Syuara’ Ayat 123
  24. Muka Surat 374 Surah As Syuara’ Ayat 160
  25. Muka Surat 431 Surah Saba’ Ayat 31
  26. Muka Surat 446 Surah As Soffat Ayat 6
  27. Muka Surat 468 Surah Ghofir Ayat 8
  28. Muka Surat 499 Surah Al Jaasiyah Ayat 9
  29. Muka Surat 528 Surah An Najm Ayat 50
  30. Muka Surat 541 Surah Al Hadid Ayat 27
  31. Muka Surat 554 Surah Al Jumu’ah Ayat 11
  32. Muka Surat 577 Surah Al Qiyaamah Ayat 12
  33. Muka Surat 578 Surah Al Qiyaamah Ayat 29

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This