Fadhilat Puasa Sunat Asyura (10 Muharram)

1

Dalam banyak-banyak bulan, bulan Muharram adalah bulan yang adanya hari yang paling bertuah iaitu hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: “Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA :

1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

SEJARAH 10 MUHARRAM :

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

  1. Lemas Firaun.
  2. Dicipta Adam a.s.
  3. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  4. Diangkat Nabi Isa kelangit.
  5. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  6. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  7. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  8. Selamat Musa dan pengikutnya.
  9. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  10. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  11. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  12. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  13. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  14. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
  15. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  16. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
  17. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  18. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  19. Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This