AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

DUNIA BERDUKA LAGI – KEMATIAN SHEIKH SOLAH ABDUL FATTAH

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 3 mins read
DUNIA BERDUKA LAGI – KEMATIAN SHEIKH SOLAH ABDUL FATTAH

Allahyarham Dr Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi, ulama’ dalam bidang Quran dan Tafsir dari Jordan

Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama’ tertua di Malaysia, iaitu al-Allamah al-Marhum Tuan Guru Haji Ahmad Isa bin Haji Yahya Gerik.

Hampir seluruh penuntut ilmu dan pencinta ulama’ tanahair menangisi pemergian beliau yang dianggap sebagai satu kehilangan yang begitu besar dalam dunia keilmuan Islam.

Belum pun habis belasungkawa, dunia dikejutkan dengan kematian ulama’ terkemuka dalam bidang Quran dan Tafsir yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Beliau ialah al-Marhum Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi, ulama’ dari bumi Jordan.

Allah mencabut ilmu dari muka bumi dengan cara memanggil kembali para ulama’ dan kekasihNya. Sungguh, kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang berhak untuk ditangisi, dan hendaklah kita mengambil himmah (kesungguhan) dan hikmah kebijaksanaannya untuk ditiru dalam perjalanan menuntut ilmu dan redha Allah.

Beliau meninggalkan beberapa kitab karangannya sebagai khazanah warisan kepada para penuntut ilmu.

Antara yang tersohor dalam bidang yang diungguli beliau ialah al-Qasas al-Qurāni, Mafātih lit Ta’āmul Ma’al Quran dan banyak lagi.

Antara kitab yang dikarang oleh Dr Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi


MasyaAllah, begitu banyak jasa-jasa beliau dalam melahirkan agamawan Quran dan Tafsir. Jasa beliau diakui seluruh dunia, manfaat yang diberikan semasa hayatnya tidak dapat dinafikan, pasti akan berterusan mengalir pahala jariah buat beliau.

اللهم اغفرلهما وارحمهما وعافهما واعف عنهما، واكرم نزلهما ووسع مدخلهما واغسلهما بالماء الثلج والبرد ونقهما من الخطايا كما ينقي الثوب الأبيض من الدنس.
اللهم اجعل قبرهما روضة من رياض الجنان، ولا تجعل قبرهما حفرة من حفر النيران.
Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan dan ampunkanlah keduanya. Dan muliakanlah kedatangan keduanya, luaskanlah tempat mereka. Siramilah mereka dengan air salji yang sejuk. Bersihkanlah mereka dari segala kesalahan sepertimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kekotoran.
Ya Allah, jadikanlah kubur mereka salah satu taman daripada taman-taman syurgaMu, dan janganlah Engkau jadikan kubur mereka sebagai lubang daripada lubang-lubang neraka”.


Semoga kita semua, khususnya ahli keluarga mereka diberi ketabahan dan redha dalam menghadapi ujian kehilangan insan yang dikasihi ketika ini.

Mudah-mudahan kita sebagai penuntut ilmu terus usaha untuk merebut manfaat dan mengambil apa jua faedah daripada khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama’. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, agar kita semua beroleh ketaqwaan kepada Allah sebagaimana mereka, yakni para ulama’ memperoleh taqwa.

Dunia tempat bertemu, dunia juga tempat berpisah. Namun, adanya akhirat adalah sebagai tempat perkumpulan semula buat mereka yang berkasih sayang kerana Allah. Semoga kita semua dikumpulkan oleh Allah bersama para Anbiya’, ulama’, syuhada’ dan siddiqin di dalam syurga Firdaus nanti.

Aamiin.



Nak BIMBINGAN QURAN BERFOKUS?
Tekan link Whatsapp SEKARANG
*Ada Yuran komitmen untuk BIMBINGAN QURAN BERFOKUS

(Visited 171 times, 1 visits today)
Tags: duniahadisilmujordanQuransheikh solahulama'

Discussion about this post

Previous Post

CONTOH BACAAN 4 HARAKAT DALAM SURAH YASIN

Next Post

Quran BFF Ku

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Al Quran BFF ku

Quran BFF Ku

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?