Diuji Dengan Sakit Lutut, Tekad Mahu Belajar Quran Hingga Ke Akhir Hayat

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

Zaman bekerja, masa sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti. Tetapi apabila dah pencen, banyak masa terluang akan menjadi sia-sia sekiranya tak diisi dengan aktiviti bermanfaat. Itulah yang dirasai Puan Roshani Awang, 62 tahun, atau lebih mesra dipanggil Kak Ni yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

Ujian sakit lutut yang dialami beliau menyebabkan pergerakan Kak Ni agak terhad, ditambah dengan jadual temujanji bersama doktor yang kerap, tidak menghalang Kak Ni untuk terus setia bersama Quran.

Paginya dipenuhi dengan urusan temujanji dan rawatan bersama doktor, namun di sebelah petang dan malam, beliau sibuk dengan kelas pengajian Quran di rumah.

Apabila ditanya mengenai kesedaran dan semangat dalam diri Kak Ni, beliau berkongsi bahawa beliau mahu menghabiskan sisa-sisa umur berbaki untuk betul-betul fokus belajar ilmu Quran.

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

Program AlMukhlisin Home Quran telah membuka matanya tentang mudahnya belajar tajwid dan senangnya mengaji Quran dengan bimbingan Ustaz/Ustazah AlMukhlisin. Maka sejak April 2018 hingga sekarang, beliau dan suami konsisten berguru bersama AlMukhlisin.

Apa yang lebih menarik, beliau telah berkongsi bahawa AlMukhlisin bukan sahaja telah membantu beliau dan suami menambah baik dari segi bacaan Quran dan ilmu tajwid, tetapi turut sama membantu menambah nilai ilmu seperti perkongsian Ilmu Fardhu ‘Ain dan motivasi.

Masa Dipenuhi Dengan Aktiviti Bersama Quran.

Antara sifat Kak Ni yang boleh dipuji ialah, beliau seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Buktinya, dalam usaha untuk mendalami ilmu tajwid, beliau bukan sahaja menyertai program kelas mengaji online Tajwid Santai AlMukhlisin, bahkan turut menyertai kelas-kelas pengajian Quran lain sama ada melalui platform online mahupun offline.

Antara asatizah tersohor yang beliau jadikan rujukan di Malaysia adalah seperti kelas online Ustaz Asraff Ayob, Ustaz Arif Asa’ad, dan ramai lagi. Tambahan lagi, beliau turut aktif menghadiri  kelas pengajian Quran di masjid taman perumahan.

Yang lebih mengagumkan, beliau tidak hanya bergantung kepada tunjuk ajar Ustaz semata-mata, tetapi turut mencari bahan bacaan tambahan dengan membeli banyak buku tajwid.

Tidak cukup dengan ilmu tajwid semata-mata, dia turut belajar ilmu bahasa Arab, kerana berkobar-kobar nak memahami bahasa Quran. Kehidupannya jelas menunjukkan dirinya sentiasa mahu bersama Quran.

Ruangan pembelajaran Quran Kak Ni, tersusun lebih dari 10 buah buku nota dari kelas.

Kuat semangat dan bersungguh-sungguh.

Kental sungguh semangat Kak Ni. Walaupun diuji dengan lututnya yang sakit, terpaksa ke hospital, kadang-kadang memang tak larat nak berjalan jauh, pergi ke masjid berdekatan pun kadang-kadang tak larat nak jalan kaki.

Namun kongsi beliau, dorongan hatinya yang kuat menyebabkan dia bersemangat untuk belajar. Ditambah dengan waktu lapang yang banyak, dia merasakan inilah waktunya yang paling tepat untuk fokus menambah ilmu dalam diri dan keluarga. Lagipun, di usia senja sebegini, tidak ada apa lagi yang lebih penting melainkan mempelajari ilmu agama.

Kak Ni turut berkongsi rutin hariannya dengan Quran. Katanya, setiap pagi sebelum Subuh, dia akan mulakan dengan membaca Quran. Kadang-kadang 1 juzuk sempat dihabiskan sebelum azan Subuh berkumandang.

Setiap malam sebelum tidur, dia akan baca surah al Mulk. Hinggakan surah al Mulk sudahpun berjaya dihafal oleh Kak Ni dengan bimbingan Ustaz AlMukhlisin, Alhamdulillah!

Kisah Kejayaan Kak Roshani Awang, Usia 62 Tahun Bukan Penghalang Hafal Quran

Jangan tinggal Quran, kalau tak pandai, belajar.

Kak ni turut berkongsi rasa kecewa beliau apabila melihat sikap segelintir orang yang mengambil mudah dan tidak cakna tentang pentingnya menjadikan Quran sebagai bacaan harian.

Titip Kak Ni untuk semua, “Bersungguh-sungguhlah mempelajari Quran. Carilah guru untuk bantu kita. Jangan malu nak belajar, kerana kita semua bermula dengan tak pandai. Semoga usaha kita mendampingi Quran berjaya menjadikan Quran sebagai sahabat karib kita dunia dan akhirat.”

“Apa yang hati kita rasa, apa yang fikiran kita nak, itulah tindakan yang kita buat. Terima kasih Ustaz Zul dan team AlMukhlisin kerana bantu saya dan suami.”

InsyaAllah kami akan kongsikan lagi perkembangan kisah kejayaan Kak Ni sepanjang berguru secara konsisten bersama AlMukhlisin.

Adakah anda mahu menyuntik semangat baru dalam diri? Adakah anda mahu ubah kualiti kehidupan anda dan keluarga bersama Quran?

Usah bertangguh lagi. Masa tidak pernah menunggu kita.

Klik link ini segera.

AlMukhlisin sentiasa mengalu-alukan anda untuk dibimbing secara intensif sebagaimana yang telah dilalui oleh Kak Ni dan suami.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This