Covid-19, Tiga Kali Tinggal Solat Jumaat

Solat Jumaat merupakan solat fardhu yang wajib, menggantikan solat Zohor, yang dilakukan pada hari Jumaat. Ia dibuat secara berjemaah di masjid, sebanyak 2 rakaat, selepas bacaan khutbah.

covid 19, tiga kali tinggal solat jumaat

tuntutan solat jumaat

Solat jumaat ini dituntut dikerjakan ke atas setiap lelaki Islam yang mukallaf dengan syarat-syaratnya yang tertentu.

Firman Allah SWT dalam surah al Jumuah, ayat 9:

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡۤا اِذَا نُوۡدِىَ لِلصَّلٰوةِ مِنۡ يَّوۡمِ الۡجُمُعَةِ فَاسۡعَوۡا اِلٰى ذِكۡرِ اللّٰهِ وَذَرُوا الۡبَيۡعَ​ ؕ ذٰ لِكُمۡ خَيۡرٌ لَّـكُمۡ اِنۡ كُنۡتُمۡ تَعۡلَمُوۡنَ‏

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

Ancaman jika meninggalkan solat jumaat 3 kali

Terdapat ancaman keras terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut.

Dalam sebuah hadith riwayat al-Nasa’ie, Nabi saw bersabda:

Maksudnya “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang darurat, maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.”

diberi keringanan

Hukum asal solat Jumaat ialah fardhu ain. Tetapi bagi mereka yang uzur, diberikan kepada mereka keringanan untuk tidak hadir.

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw apakah yang dimaksudkan dengan keuzuran? Baginda menjawab: “Perasaan takut ataupun sakit”.

Syeikh Ali Al-Qaradaghi: “Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang sedang tersebar disebabkan oleh perasaan takut dijangkita virus tersebut”.

kesimpulan

Hari ini masuk minggu ketiga solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan. Bermakna, sudah tiga kali solat Jumaat tidak dibuat.

Justeru, mengambil kira faktor mudahnya jangkitan virus Covid 19 ini merebak. Maka mereka yang meninggalkan solat Jumaat tersebut tidak dikira dalam golongan yang mendapat ancaman Allah SWT.

 

Sumber: Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This