Cara Mudah Untuk Orang Yang Nak Mengaji Al Quran

Perkara yang perlu dititikberatkan untuk mereka yang ingin mula membaca Al Quran

1. Niat dan tujuan

3

Kebanyakkan orang sebelum membaca Al Quran, mereka tidak tahu tujuan belajar Al Quran malahan menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin. Untuk pengetahuan apabila┬ápembaca tahu tujuan dan manfaat membaca Al Quran. Ia boleh memberikan motivasi untuk diri sendiri dan dengan pantasnya tidak akan menimbulkan rasa bosan untuk membaca Al Quran. “Dari Ibnu Masud ra, Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak bermaksud Alif, Laam, Mim, melainkan Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Mim satu huruf.”

2. Kenal dan hafal Huruf Hijaiyyah

Graphic1

Sebelum anda membaca di hadapan guru Al Quran. Pastikan anda membuat persiapan dengan mencari huruf-huruf yang selalu anda ‘confuse’. Seperti contoh huruf Dhod, Shod, Zho, Tho.

Jika anda tengok sahaja bentuk huruf hijaiyyah dan terpaksa mengambil masa lebih 3 saat, maka huruf hijayyah itulah yang perlu anda ingat betul-betul bentuknya dan namanya.

Kaedah ini, sama seperti perkara pertama yang kita perlu lakukan apabila hendak menguasai huruf alphabet iaitu A, B, C, D dan seterusnya.

3. Belajar Simbol dan tanda

images

 

Setelah anda dapat menguasai dan menghafal huruf hijaiyyah dengan sempurna dan lancar, anda perlu mengetahui dan mengenal simbol dan tanda baca seperti baris, tanda sukun, tasydid dan sebagainya. Di dalam bahasa arab bacaan akan berubah apabila barisnya berubah. Sewajarnya, baris perlu dilihat dengan teliti.

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This