Kebanyakkan umat Islam di dunia hari ini boleh menghafal 30 juz Al-Quran. Ramai yang boleh menghafal dan menguasai. Kenapa kita tidak mampu berbuat sedemikian? Sedangkan Allah telah memudahkan hambanya untuk mempelajari Al Quran. Terdapat beberapa langkah untuk menghafal Al Quran dengan cepat dan mudah.
1. NIAT MENGHAFAL AL QURAN DENGAN IKHLAS DAN KERANA ALLAH
Perbetulkan niat, kebanyakkan diantara anda salah niat dan melakukan perkara dengan niat ikhlas. Ia boleh menyebabkan bacaan Al Quran kita itu sia-siakan. Apabila niat yang betul dan hati yang ikhlas semua masalah yang dialami boleh dikawal.
2. MENGHAFAL SATU CETAKAN
Menghafal AlQuran dari satu muka surat, jangan anda hafal setiap surah dari muka surat yang berbeza. Menghafal satu muka surat sehari ia memudahkan untuk mehghafal dan mengenal bacaan. Ia juga boleh di baca berulang-kali untuk mengukuhkan kekuatan fizikal untuk mengingati.
3. HAFAL DIHADAPAN QORI YANG MAHIR
Siapapun orang yang anda jumpai, atau imam masjid, bacalah tiga (3) ayat hafalan anda di hadapannya. Dan anda tidak perlu merasa keberatan. Anda juga tidak perlu merasa berat untuk membuat hafalan dengan kawan anda di pejabat. Apabila anda membaca dihadapan qari yang mahir ia boleh memperbetulkan mana-mana bacaan anda yang salah. Dengan membaca Al Quran juga anda dapat merasa beribu kenikmatan.
4. MENGHAFAL SETELAH SUBUH
Menghafal setelah terbitnya fajar, kenapa saya katakan menghafalnya setelah terbitnya fajar? Kerana waktu subuh adalah masa yang baik dan penuh berkat. Dan Nabi Muhammad SAW, berdoa untuk mereka yang mengerjakan sesuatu di waktu fajar agar Allah melimpahkan berkat kepada mereka, beliau berdoa: “Ya Allah, limpahkanlah berkat untuk umatku pada waktu paginya”. Setelah fajar anda hafal sebanyak 5 ayat.
5. MEMINIMUM YANG DIHAFAL
Anda perlu meminimum ayat yang hafalan, dan perulangi sehingga fasih dan betul. Jangan perbanyakkan bacaan kerana ia bimbang jika anda tidak mampu menguasai dan ia boleh lupa. Tetapkan satu muka surat sehari dan beberapa ayat yang perlu dibaca dan dihafal untuk masa yang khusus.
6. BERDOA
Berdoa semoga Allah memudahkan anda menghafal Al-Quran. Berdoa supaya Allah SWT akan memberkati anda yang menghafal Al-Qur’an, kerana anda tidak akan dapat menghafal al Quran kecuali dengan pertolongan Allah.