AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236?

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 15 mins read
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

 

Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236?

Ramai yang tercari-cari bilangan ayat Al Quran yang tepat. Benarkah bilangan ayat Al Quran 6236 atau 6666?

 
Alhamdulillah, ramai yang dah VIRALKAN teknik DAKWAH MUDAH & SANTAI kelmarin.
 
Iaitu tulis status di media sosial, samaada facebook, whatsapp status, whatsapp group-group.
 
I LOVE 6236
I LOVE 6236
I LOVE 6236
 
MUDAH & SENANG kan DAKWAH ni.
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

 

Cuma, ada sedikit perbahasan pada bilangan ayat Al Quran 6236 ke 6666. Tapi, saya suka kerana ianya menampakkan bahawa kita CINTA kepada Al Quran.
 
Buktinya, kita mengambil perhatian terhadap perkara itu..
Disebabkan ramai yang tanya, jadi saya tolong jawabkan apa yang dijawab oleh ulama’. Nak tahu ke Nak?
 
Mestilah, ustaz.. Hehehe
 
Saya sebutkan dahulu kenapa bilangan ayat Al Quran adalah 6236 bukan 6666.
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

 

114 Surah

Cuba anda buka Al Quran dan senaraikan surah & bilangan ayat setiap surah.
 
Hmm.. Tak pe2. Saya tolong listkan dekat bawah, anda double check je.
 
Al Quran ada 114 surah.
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

 

Saya total kan 5 surah 5 surah.
 
1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat
6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684 ayat
11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428 ayat
16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582 ayat
21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449 ayat
26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537 ayat
31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236 ayat
36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513 ayat
41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292 ayat
46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165 ayat
51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304 ayat
56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184 ayat
61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66 ayat
66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190 ayat
71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172 ayat
76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209 ayat
81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131 ayat
86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112 ayat
91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63 ayat
96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51 ayat
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36 ayat
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23 ayat
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20 ayat
Jumlah = 6,236 ayat
 
Betul kan, 6236.
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236?

 

Pendapat Ulama’ Fawasil

 
Cuba kita check pula mengikut ulama Fawasil. Ilmu Fawasil ialah ilmu penentuan bilangan ayat Al Quran.
Semuanya bersepakat dengan secara puratanya 6200.
 
Mengikut 7 ulama’ Fawasil kesemuanya :
 
  1. Al Madani Awwal = 6214 @ 6217 ayat.
  2. Al Madani Al Akhir = 6214 ayat.
  3. Al Makkiy = 6210 ayat.
  4. Al Bashriy = 6204 ayat.
  5. Ad Dimasyqi = 6226 ayat.
  6. Al Himshi = 6232 ayat.
  7. Al Kufi = 6236 ayat.
 
Bilangan bagi mushaf yang kita baca sekarang ialah Mushaf Al Kufi dengan versi bacaan imam Hafs ‘An ‘Asim dikira sebanyak beraaapaaaa?
 
6236, ustaz.
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236
Mumtaz. Sekarang, kita dah tahu bahawa 6666 adalah salah. Opsss, rilek dulu. Jangan cepat salahkan orang. 6666 ada juga jawapannya.
Dah ready??
Dah, ustaz..
Ok.

Macam Mana Dengan Bilangan 6666??

Jawapan untuk 6666 pula ialah :
Terdapat dalam kitab Aqidah An Najin.
6666 ialah
  • 1000 ayat berkaitan ayat-ayat menyuruh membuat kebaikan.
  • 1000 ayat berkaitan ayat-ayat mencegah kemungkaran.
  • 1000 ayat berkaitan ayat-ayat janji diberi pahala.
  • 1000 ayat berkaitan ayat-ayat janji dibalas seksa.
  • 1000 ayat berkaitan berita dan cerita.
  • 1000 ayat berkaitan ayat membandingkan dengan sesuatu.
  • 500 ayat tentang halal dan haram.
  • 100 ayat tentang doa dan tasbih.
  • 66 ayat tentang nasikh dan mansukh.
Total semuanya ialah 6666.
Tapi jumlah 6666 ialah bukan jumlah bilangan ayat yang sebenarnya tetapi dipecahkan berdasarkan TOPIK. 
Kejap ye. Ada satu lagi jawapan untuk 6666. Boleh saya teruskan? Semangat ke semangat??
Semangat ustaz…
Ok.
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

6666-6236 = 430

Kalau 6666 ditolak dengan 6236 jawapannya ialah 430.Banyaknya. Kalau ulama’ tersalah kira pun, tak akan la sampai banyak sangat bezanya. So, mesti ada sebabnya ni.. Kan?
430 ialah bilangan angka bagi perkataan Nabi Muhammad SAW, (Allahumma Solli ‘Ala Muhammad) mengikut ejaan bahasa Arab.
Mim, Ha, Mim, Dal. Muhammad.. (Allahumma Solli ‘Ala Muhammad)
Macam mana tu, ustaz?
Menarik tu.
Sekarang perkataan Muhammad kita pecahkan ia satu persatu-satu,
“mim, ha, mim, dal”
Sekarang kita cuba kirakan.
Mim huruf ke 24 = surah ke 24 jumlah ayatnya 64
Ha huruf ke 6 = surah ke 6 jumlah ayatnya 165
Mim huruf ke 24 = surah ke 24 jumlah ayatnya 64
Dal huruf ke 8 = surah ke 8 jumlah ayatnya 75
Cuba totalkan nombor surah dan jumlah ayat.
24 + 64 = 88
6 + 165 = 171
24 + 64 = 88
8 + 75 = 83
430
Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236

430

Jadi, terjawablah kenapa ada yang sebut bilangan ayat Al Quran 6666. Boleh ke boleh? Tetapi, bilangan ini adalah bukan juga bilangan ayat Al Quran yang sebenarnya. Ini berdasarkan teori matematik daripada perkataan Muhammad mengikut ejaaan bahasa Arab. Saya tak kata teori ini betul atau salah. Cuma saya timbulkan persoalan kenapa berbeza 430. Terpulang kepada anda untuk berpegang ataupun tidak. Wallahu a’lam.
KESIMPULANNYA, bilangan ayat Al Quran yang sebenarnya mengikut bilangan ulama’ Al Kufi, mushaf yang kita baca sekarang ialah 6236 ayat.
Cuma, kita tidak boleh kata 6666 adalah salah. Faham ke faham? Semoga bermanfaat ye.

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap Isnin dan Rabu

Pada pukul 10.00 malam

RANCANGAN TERBARU

Saksikan hashtag #WaqiahMagnetRezeki

Setiap hari pukul 6.37 pagi

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236?

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Anda nak UPGRADE bacaan al Quran? Nak BERGURU SECARA ONLINE, samada dengan Ustaz @ Ustazah. AlMukhlisin akan bantu anda mengikut LEVEL BACAAN masing-masing dalam program Talaqi Secara Online “ULUL ALBAB CIRCLE”.

“Talaqi Online” ini bermaksud anda akan baca al Quran secara individu di hadapan Ustaz, menggunakan platform online.
Samada melalui video call Whatapps/Zoom/Skype/FaceTime dan lain-lain.
Tak perlu keluar rumah. Hanya perlu INTERNET sahaja!

Benarkah Bilangan Ayat Al Quran 6666 Atau 6236?

Antara feedback yang kami terima. Mereka sangat berpuas hati setelah menyertai ULUL ALBAB CIRCLE

“Selama ni saya syok sendiri. Sekali. Hamik kau. Sepatutnya didengungkan tapi tak didengungkan. Tqvm team AlMukhlisin. Alhamdulillah. Dapat guru yang terbaik. Bersyukur sangat-sangat.” – Kak Norma, Negeri Sembilan.

Program ini cukup special, kerana anda akan dibimbing mengikut tahap bacaan anda. Dan Alhamdulillah, ramai yang dah berjaya improve markah mereka!

Nak tahu apa yang istimewa program ULUL ALBAB CIRCLE NI? Whatsapp AlMukhlisin sekarang.

 

 

(Visited 24,772 times, 1 visits today)
Tags: Al QuranAlMukhlisinAlMukhlisin Home Quranbilangan ayat Al QuranKota BharuNgaji Quran Di Rumah

Discussion about this post

Previous Post

Tips Elak Putus Asa Ketika Hafal Al Quran – AlMukhlisin

Next Post

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?