Puan Aza : Saya Belum Pandai Baca Quran. Macam Mana Nanti Bila Saya Mati?

Sharifah Azalina, seorang ibu berkerjaya pilih untuk dibimbing kehidupannya bersama Quran setelah melalui pengalaman pahit & manis.

Selepas tamat belajar, beliau datang ke Shah Alam untuk berkerja dan hidup berdikari. Bukan mudah hidup sendiri, pelbagai cerita yang terjadi seolah-olah memberi signal kepada beliau.

Antara peristiwa yang memberi kesan kepada perubahan beliau hari ini ialah peristiwa kematian.

Sebut je pasal mati, perasaan takut tu lain macam. Itulah yang berlaku ketika ziarah orang meninggal. “Saya lihat dengan mata sendiri betapa sempitnya liang lahad. Ya Allah, sempitnya, gelapnya”.

“Saya selalu dengar ceramah agama. Ustaz cakap kita akan dihimpit sampai berlaga tulang rusuk kalau amalan kita tak cukup. Saya tak ada ilmu langsung tentang baca Quran sebelum ini. Saya takut kubur saya sempit”.

Lebih-lebih lagi bila tengok orang meninggal, tapi tak ada orang bacakan Quran untuk arwah. Beliau bercakap sendiri “aku tak pandai, macam mana nanti bila aku mati”.

Alhamdulillah setelah berkahwin, beliau dapat baca Quran daripada suami. Tetapi bacaan masih perlu ditambah baik. Atas kemahuan mahu belajar daripada asas semula, beliau mula mencari guru.

Banyak rezeki Allah dah bagi, tapi rasa macam kurang bersyukur. Tiba-tiba datang perasaan takut bila tengok diri kita sendiri. ” Saya terfikir, saat saya nak mati, apa yang saya nak bawa? Saya tak ada benda tu semua”.

“Kalau mak ayah saya tak pandai, takkan saya pun tak pandai juga. Ustaz cakap kita sebagai anak kena balas jasa mak ayah dengan cara macam ni (hafal 30 juzuk Quran)”.

Selepas itu, beliau ambil keputusan untuk dibimbing oleh AlMukhlisin. Dan terus daftar UAC, program Ulul Albab Cirlce iaitu pada tahun 2020.

Beliau terkesan dengan kata-kata Ustaz Zul AlMukhlisin “Tajweed Lifestyle” bukan soal lancar baca Quran semata-mata. Tetapi ia berkait dengan kehidupan kita. Kita jaga Quran, kehidupan kita akan baik. Bila kita tinggal Quran, hidup mula rasa tak tenteram.

Beliau sudah dibimbing dan perbaiki kualiti bacaan dan kualiti kehidupan bersama Quran.



Pencapaian Bacaan Puan Aza

“Saya bermula dengan Iqro, dan Alhamdulillah sekarang ini bacaan sudah bertambah baik. Sekarang saya dah mula amalkan baca surah Al Mulk sebelum tidur”.

“Kita selalu sangka baca Quran ini bila free je. Sedangkan kitalah yang kena letakkan masa untuk Quran”.

Kita perlukan pembimbing dan circle Quran yang saling positif dan membantu satu sama lain. Itulah yang beliau dapat dalam UAC “Ulul Albab Circle AlMukhlisin”.

Mereka semua ada matlamat yang sama. Matlamat kami “Nak Cinta Ilmu, Cinta Quran, Cinta Allah dan Cinta Nabi s.a.w.”.

Aamiin.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This