Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran?

 

Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

SOALAN :

Ustaz, apakah hukum perempuan uzur membaca Al Quran? Bagaimana pula dengan hukum mereka yang menghafal Al Quran?

JAWAPAN : 

Soalan ini sangat popular. Jadi, saya telah mendapat jawapan yang boleh digunakan untuk kehidupan kita. Saya petik jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Dalam masalah ini, terdapat dua pandangan.

 

Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

 

Pertama : Haram.

Inilah pendapat jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca Al Quran ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ

“Tidak  dibolehkan wanita  dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.”

Riwayat al-Tirmizi (131)

 

Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.

 

Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

 

 

Kedua : Harus.

Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang Al Quran bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.

Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca Al Quran, dibimbangi hafazan Al Quran mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Ianya juga memberi kemudahan kepada madrasah Tahfiz Al Quran untuk meneruskan pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupai hafazannya disebabkan terhenti bacaan kerana haid.

Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur. Antara ulama’ masa kini yang berpegang dengan keharusannya adalah Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaymeen, Syeikh al-Azhar Ali Tantawi. (Lihat Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah al-Bassam, 1/461)

 

Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

 

 

Antara Kenyataan Mereka

  • Syeikh al-Dasuqi al-Maliki berkata : “Tidak ditegah dengan sebab haid membaca Al Quran dalam keadaan adanya darah sekalipun telah berlaku janabah sebelum itu.” (Lihat Hasyiyah ala al-Syarh al-Kabir al-Dardir, 1/284)
  • Syeikh Salih Abd al-Sami’ al-Abi berkata : “Tidak ditegah dengan sebab haid membaca Al Quran tanpa menyentuh Al Quran.” (Lihat Jawahir al-Iklil, 1/32)
  • Al-Mardawi al-Hanbali berkata : “Ditegah wanta haid daripada membaca Al Quran secara mutlak dan inilah yang sahih dalam mazhab Hanbali tetapi ada pendapat menyatakan tidak ditegah. Inilah yang dipilih oleh Syeikh Taqiyuddin Ibn Taimiyyah” (Lihat al-Insaf 1/347)
  • Ibn Hajar menukilkan daripada Ibn Rushd dan Ibn Battal bahawa dikehendaki Imam al-Bukhari yang berdalilkan keharusan membaca Al Quran bagi haid dan junub sedangkan tidak sah dari sisi musannif sesuatu pun hadis tentang itu (Lihat Fath al-Bari 1/486)
  • Malah, dalam masalah wanita yang sedang dalam nifas juga, dibolehkan untuk membaca al-Qur’an sebagaimana fatwa Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah : “Membaca Al Quran bagi wanita nifas dibolehkan jika dia khuatir akan boleh lupa bacaan Al Quran dengan sebab lamanya tempoh masa nifas tersebut. Tetapi, jika dia yakin bahawa dia tidak melupakan bacaan Al Quran tersebut, maka tidak perlu dia membacanya.” (Lihat Majmu’ al-Fatawa, Syeikh Ibn Taimiyyah, 1/636)

 

Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

 

Tarjih

Kesimpulannya membaca Al Quran dan menghafaznya ketika dalam haid adalah DIBOLEHKAN

berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan. Di sini sekali lagi dinyatakan beberapa pendapat atau athar  dalam menyokong pendapat ini.

 

  • Direkodkan bahawa Saidatina Aishah membaca Al Quran dalam keadan haid. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk 1/357, al-Tabarani dalam Awsat 2/98, Ibn Rajab dalam Fath al-Bari 1/46, Ibn Hazm dalam al-Muhalla 1/78-79.
  • Ini juga pendapat Ibn Abbas, Ibn Musayyib yang menyatakan keharusan membaca Al Quran bagi wanita haid termasuk Muhammad ibn Maslamah.

Saya menegaskan satu pendapat yang cukup baik,

Saya menegaskan satu pendapat yang cukup baik yang dikemukakan oleh mantan Syeikh Al Azhar, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq melalui bukunya Buhuthun wa al-FatawaBeliau menyatakan keharusan pelajar wanita yang dalam keadaan haid untuk menghafaz Al Quran dan membacanya ketika haid atas faktor peperiksaan atau ujian. Ini disebabkan kerana waktu tersebut adalah terhad dan terbatas. Justeru, kaedah darurat atau masyaqqah amat sesuai digunakan.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan wanita nifas dalam bab membaca Al Quran yang mana wanita tersebut boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid. (Lihat Hasyiyah al-Dusuqi, 1/175)

Saya cadangkan juga pelajar dalam haid beralih kepada mendengar Al Quran melalui CD atau Youtube yang memungkinkan seseorang itu mengingati dan mengulang hafazan Al Quran.

Sumber : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

 

Baca Lagi
Tips Mudah Hafal Al Quran
Tips Elak Putus Asa Ketika Hafal Al Quran

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This