Apa Kata Mereka Terhadap Al Quran??

 

APA KATA MEREKA TERHADAP AL QURAN??

Pernah terlintas di dalam fikiran ini. Kenapa perlu membaca Al Quran.

Jadi, untuk menjawab persoalan ini, apa kata kita rujuk kepada mereka yang lebih ARIF. Mereka itu ialah ulama’-ulama’.

Kenapa perlu tanya ulama’??

 

Kerana mereka lebih mengetahui apa tujuan kita dilahirkan ke bumi ini..

 

TIDAK NYANYUK.

šŸ‘¤Berkata Al-imam Qurtubi:

“Barang siapa yang membaca Al Quran,Ā  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar sekalipun umurnya telah mencapai 100 tahun”.

Hebatnya. Walaupun sudah tua, tetapi ingatan masih lagi segar.

AKALNYA SENTIASA SIHAT.

šŸ‘¤Berkata Abdul Malik bin Umair:

“Satu-satunya manusia yang tidak cepat tua adalah orang yang selalu membaca Al Quran”.

“Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al Quran”.

INFINITI KEBERKATAN KEPADA PEMBACA AL QURAN

šŸ‘¤Berkata sebahagian ahli tafsir

“Jika kita menyibukkan diri dengan Al Quran maka kita akan dipenuhi oleh sejuta keberkatan dan kebaikan di dunia”.

KEBAHAGIAAN SESEORANG MENGIKUT KADAR BACAAN AL QURAN SESEORANGĀ 

šŸ‘¤Nasihat Guru Kepada Anak Muridnya

Ada seorang guru ditanya oleh seorang anak muridnya, berapakah kadar bacaan yang perlu aku baca setiap hari??

Maka, guru itu menjawab :

“Kadar bacaan seseorang itu mengikut kadar bacaan seseorang”

Jika banyaklah bacaan Al Quran seseorang itu, maka kebahagiaan akan semakin banyak.”

Ya Allah, Ya Mujiib.. Kau berikanlah taufiq & hidayah kepada kami supaya kami dapat mengamalkan 5 Tanggungjawab kami kepada Al Quran.

BACA, FAHAM, SAMPAIKAN, AMALKAN, HAFAL.

 

AAMIIN.

#AlMukhlisin

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This