Aku Nak Istiqamah Baca Al Quran, Tapi Asyik Kecundang Je!

Bila kita nak istiqamah amalkan sesuatu kebaikan, banyak ujian yang datang. Begitu juga bila kita nak istiqamah baca al Quran, memang banyak godaan yang masuk dalam fikiran kita.

Antaranya tak sempat masa, penat, malas, tak reti baca dan berjuta alasan yang bermain dalam fikiran. Akhirnya kita kecundang dan tewas dengan bisikin. Jadi, macam mana nak lawan perasaan-perasaan macam ini ya?
Aku Nak Istiqamah Baca Quran

Jangan Mudah Tewas

Solusinya begini, cuba kita bayangkan kehidupan yang kita sedang tempuh ini, di akhir perjalanan kita nanti apa yang kita nak capai, kejayaan atau kegagalan? Syurga atau neraka? Jawapannya sudah tentu kita inginkan kejayaan, kita inginkan syurga Allah swt.

Analogi mudahnya begini, orang yang bersungguh-sungguh nak diet, dia punya istiqamah/konsisten memang luar biasa. Tetapi disebabkan satu godaan kecil je, dia boleh tewas. Akhirnya dietnya entah ke mana.

Begitu juga dalam azam nak berubah ke arah kebaikan, semangatnya cuma sebentar, bila dibisikkan dengan ajakan-ajakan dunia, kita mudah kecundang.  Sebab itulah pentingnya kita hidup dalam lingkungan suasana yang baik, bersahabat dengan orang yang baik-baik, banyakkan hadir kuliah-kuliah agama. Bayangkan diri kita kalau keseorangan, memang mudah untuk kita tumbang. Tetapi kalau kita diberi sokongan, sentiasa diberi galakan dan nasihat, insya-Allah kita lebih mudah untuk konsisten.

Saya percaya jika kita jelas apa yang kita nak capai di pengakhiran hidup nanti , kita pasti akan bertindak, kita pasti akan buat sesuatu walaupun kadang-kadang rasa payah.  Sebab kita tahu kita nakkan syurga Allah yang sudah tentu  indah dan penuh dengan kenikmatan, tetapi kenapa tindakan kita sentiasa berlawanan. Ya Allah bantu kami untuk istiqamah. Astargfirullah hal ‘adzim.

Kalah Dengan Bisikan

Kenapa terlalu banyak godaan dunia yang sukar kita nak tepis? Kenapa kita begitu mudah terpedaya dengan sekecil-kecil bisikan syaitan? Aku nak istiqamah baca al Quran bukan sesuatu yang sukar untuk kita nak capai. Yang penting kena ada kesungguhan, dan paling penting kena ada disiplin.

Oleh itu, susunlah sebaik mungkin waktu kita agar sentiasa dapat bersama al Quran. Dan disiplin kan diri untuk melakukannya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang istiqamah membaca al Quran. Bak kata pepatah “di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.”

Allah swt menukilkan dalam surah al Ahqaf ayat 13 dan 14:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami ialah Allah,” kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa bimbang pada mereka, dan mereka pula tidak bersedih hati. Mereka itulah penghuni syurga, kekal di dalamnya, sebagai balasan di atas apa yang telah mereka kerjakan.”

Oleh itu, dalam hidup yang sementara ini, kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan dan paling utama kena ada sikap istiqamah iaitu berterusan melakukannya. Tidak salah berkerja dan mengumpul harta, itu juga satu tuntutan hidup kita sebagai manusia.

Tetapi jika siang dan malam kita hanya dihabiskan untuk mencari dunia semata-mata, akhirnya harta semakin melimpah tetapi hati semakin sempit. Dan akhirnya menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain juga, sifat marah dan dengki, sombong dan iri hati menyebabkan diri menjadi tidak tenang.

Justeru, pohonlah kepada Allah swt supaya memberi kita kekuatan untuk istiqamah membaca al Quran. Kerana tujuan kita membaca al Quran adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripada-Nya semata-mata. Oleh itu wajarlah kita meminta pertolongan daripada-Nya. Mudah-mudahan Allah redha dengan kita.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This