7 Tips Hidup Sentiasa Ber Ramadhan Walaupun Selepas Ramadhan

7  Tips hidup sentiasa Ber Ramadhan walaupun selepas Ramadhan. Setelah sebulan kita berpuasa, banyak perkara-perkara ibadah yang kita dapat lakukan.Semua ini dapat dilakukan kerana ingin mencapai GOAL sebenar RAMADHAN iaitu bertakwa.

TAKWA, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Saya ingin berkongsi 7 tips supaya kehidupan kita sentiasa Ber RAMADHAN. Kehidupan yang aktiviti-aktiviti di dalam bulan Ramadhan dapat diteruskan.

1) 5 Minit Bersama Al Quran

Bagaimana nak mengekalkan supaya setiap hari kita dapat bersama Al Quran ialah dengan cara mula menetapkan 5 minit sehari bersama Al Quran.

Jika anda tidak dapat untuk menetapkan 5 minit sehari bersama Al Quran. Tetapkan seminggu sekali bersama belajar Al Quran.

Cara yang paling mudah untuk belajar Al Quran seminggu sekali ialah dengan menjemput ustaz/ustazah di AlMukhlisin mengajar mengaji Al Quran di rumah  anda.  Whatsapp SEGERA AlMukhlisin untuk maklumat lanjut.

Dengan cara ini, bukan setakat anda sahaja dapat belajar Al Quran. Bahkan satu keluarga.

2) Sediakan tabung Subuh

Ketika kita di bulan Ramadhan, kita banyak BERSEDEKAH kerana ingin mendapatkan ganjaran pahala yang banyak di bulan Ramadhan.

Marilah kita teruskan amalan BERSEDEKAH ini dengan cara menyediakan TABUNG SUBUH.

Setiap pagi kita KONSISTENKAN masukkan seberapa ikhlas ke dalam tabung tersebut.

Mulakan dengan RM0.10. Cukup akhir bulan, kita dah dapat RM3. Dengan RM3 ini, kita SEDEKAHKAN kepada Anak-anak Yatim atau sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kenapa perlu bersedekah di waktu SUBUH?

Kerana Mafhum hadis Nabi SAW :

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Setiap waktu pagi  ada dua malaikat yang turun dan berdoa kepada HAMBA ALLAH, “Ya Allah berikanlah ganti kepada mereka yang suka BERSEDEKAH.” Malaikat yang lain juga berdoa, “Ya Allah, sempitkanlah REZEKINYA bagi mereka yang enggan BERSEDEKAH.”

(HR. Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 1010)

3) Jaga tangan

Kita dahulu kita banyak mendengar orang menyuruh menjaga mulut daripada mengata orang, mengumpat, berkata-kata benda yang tidak ada faedah.

Tetapi, berbeza dengan keadaan sekarang di zaman IT. Tangan adalah perkara yang sangat berbahaya kerana komen anda MEMBAWANG itu boleh mengundang kepada perkara MAZMUMAH.

4) Banyakkan hadiri Majlis ilmu

Di dalam Bulan Ramadhan kita banyak mengikuti majlis-majlis ilmu kerana masa kita terlalu banyak FREE.

Bulan-bulan seterusnya, kita hanya tetapkan seminggu sekali untuk menghadiri majlis ilmu.

Jika kita tidak sempat untuk join secara offline. Di zaman serba canggih ini, kita tetapkan masa untuk menonton secara online.

Contohnya belajar ilmu tajwid secara santai di Facebook AlMukhlisin Home Quran setiap hari ISNIN & RABU pada pukul 10 malam.

5) Lakukan Amar Makruf Nahi Munkar

Pada bulan Ramadhan, kita banyak melakukan amar ma’ruf (menyuruh orang kepada kebaikan) dan Nahi Munkar (melarang orang melakukan keburukan).

Cuba kita pelbagaikan cara kita Amar Makruf Nahi Munkar dengan media sosial.

Contohnya Whatsapp status yang hanya contact anda sahaja yang dapat baca. Dan kebanyakan contact anda adalah mereka yang anda kenal.

6) Bimbing anak kepada kebaikan

Kita selalu mengeluh anak-anak payah nak solat subuh.

Sebenarnya, kita perlu ubah cara bimbing anak kepada kebaikan. Masukkan mind set rohani.

Contohnya, selalunya apabila kita menyuruh anak tidur malam awal disebabkan supaya mereka dapat bangun awal kerana nak ke sekolah esok paginya.

Cuba tukarkan kepada mind set rohani, “Adik, tidur awal. Esok nak solat subuh”. InsyaAllah dengan cara ini, minda anak-anak akan mula bertukar kepada nak tidur awal disebabkan nak ke sekolah kepada bangun awal disebabkan solat subuh.

7) Jaga waktu solat

Solat SUBUH dan solat MAGHRIB adalah waktu di mana boleh dikatakan semua orang akan menjaga waktunya ketika di bulan RAMADHAN kerana waktu SAHUR dan IFTHOR.

Sekurang-kurangnya pada bulan seterusnya kita dapat menjaga waktu MAGHRIB.

Jika kita solat MAGHRIB di masjid, sudah semestinya kita akan solat ISYAK juga di masjid.

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat kepada semua. kita semua dapat menjadikan kehidupan kita sentiasa RAMADHAN.

Aamiin.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This