7 Teka-Teki Al Quran Untuk Anak-Anak

 

Teka-teki Al Quran

 

Pelbagai cara untuk menarik minat mengaji Al Quran kepada anak-anak. Diantaranya dengan cara membuat aktiviti teka-teki Al Quran. Ini akan menarik minat mereka kepada Al Quran. Saya ingin berkongsi 7 soalan teka-teki yang boleh dibuat kepada mereka.

 

  • Berapa juzuk Satu Al Quran? Berapa Muka surat Satu Al Quran? Berapa Surah satu Al Quran? Berapa Ayat Al Quran? Berapa Maqra’ satu Al Quran? Berapa Hizib satu Al Quran?

 

  1. 1 Al Quran = 30 juzuk
  2. 1 Al Quran = 604 Muka Surat
  3. 1 Al Quran = 114 Surah
  4. 1 Al Quran = 6236 Ayat (Berapakah Bilangan Ayat Al Quran 6236 ke 6666?)
  5. 1 Al Quran = 240 Maqra’
  6. 1 Al Quran = 60 Hizib

 

  • Berapa muka surat 1 juzuk? Berapa maqra’ satu juzuk? Berapa Hizib satu juzuk? Berapa baris satu muka surat?
  1. 1 juzuk = 20 muka surat
  2. 1 juzuk = 8 maqra’
  3. 1 juzuk = 2 hizib
  4. 1 muka surat = 15 baris

 

  • Di dalam surah apakah perkataan Bismillahirrahmanirrahim di kira sebagai bilangan ayat Al Quran?

-Surah Al Fatihah sahaja. Perkataan Bismillahirrahmanirrahim dikira sebagai bilangan ayat Al Quran.

 

  • Berapakah perkataan Bismillahirrahmanirrahim di dalam Al Quran?

– 114 kali.

113 kali di awal surah. Daripada 114 surah, hanya satu surah sahaja yang tiada perkataan Bismillahirramanirrahim. Di awal Surah At Taubah.

1 satu tempat dalam ayat 30 surah An Naml.

 

  • Berapakah bilangan huruf dalam Surah Al Fatihah?

– Al-Fatihah terdiri dari 142 huruf.

Ayat pertama (19 huruf) + Ayat Kedua (18 huruf) + Ayat Ketiga (12 huruf) + Ayat Keempat (11 huruf) + Ayat Kelima (19 huruf) + Ayat Keenam (19 huruf)+ Ayat Ketujuh (44 huruf) = 142 huruf

 

  • Terdapat 7 huruf hijaiyyah yang tidak terdapat dalam Surah Al Fatihah. Apakah huruf-hurufnya?

 

-Huruf Hijaiyyah mempunyai 28 huruf. 21 huruf sahaja yang terdapat dalam surah ini.  Ada 7 huruf yang tiada dalam surah ini iaitu:fa , jim, shin, tha,   thaw, kha  dan zay.

 

  • Berapa kalikah Hamzah Wasal disebut di dalam Surah Al Fatihah?

-Sebanyak 14 kali

Ayat pertama (3 kali) + Ayat Kedua (2 kali) + Ayat Ketiga (2 kali ) + Ayat Keempat (1 kali) + Ayat Kelima (Tiada) + Ayat Keenam (3 Kali) + Ayat Ketujuh (3 Kali)

 

InsyaAllah, akan bersambung lagi. Semoga bermanfaat.

 

#AlMukhlisin

 

 

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This