7 Cara Istiqomah Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

Istiqomah Untuk Berubah

Istiqomah adalah 9 Huruf yang ringan dibicarakan namun liat dan begitu berat untuk melakukannya. Ada pelbagai aspek istiqomah yang kita boleh kategorikan. Antaranya:

 

  1. Orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya.
  2. Orang yang ingin berubah daripada tabiat yang buruk kepada tabiat yang lebih baik, sekaligus meninggalkan tabiatnya yang buruk.
  3. Orang yang ingin menjadikan rutin hariannya produktif tanpa sesaat pun mensia-siakan masanya di dunia.

Dan ada pelbagai jenis istiqomah yang boleh kita renungkan. Akhirnya pasti jawapannya adalah, untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

 

 

7 Cara berubah secara berterusan ini adalah, antara yang kita boleh lakukan supaya paling tidak pun, kita  telah menghasilkan perubahan walau sekecil zarah.

Seperti peribahasa menyebut,

“Sedikit-sedikit, lama jadi bukit”

 

Anda boleh lakukan 7 cara ini mengikut kesesuaian anda. Mungkin tidak perlu ikut urutan.

 

 

1. Matlamat Yang Jelas

Andai kita belajar hadis, perkara yang pertama yang disebut adalah tentang niat. Begitulah pentingnya sebelum kita berubah, kita jelaskan matlamat ‘kenapa kita nak berubah?’. Analoginya begini:

Kita nak pergi ke sesuatu tempat. Pasti ada destinasi betul? Apabila kita tahu destinasi, maka kita akan lebih mudah dapat membuat pilihan dan keputusan, jalan mana yang mahu digunakan untuk ke sana.

Nah! Beginilah pentingnya menetapkan matlamat tentang, ‘mengapa kita nak berubah?’. Minda ini apabila kita jelaskan apa yang kita mahu, maka inshaAllah lebih mudah ia faham dan memberi arahan kepada yang lain.

 

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

 

2. Melazimi Taubat

Mungkin istiqomah yang anda sangkakan bukan tentang dosa, namun pasti yang anda mahukan adalah perubahan yang lebih baik kan? Syarat untuk berubah adalah meninggalkan yang tidak mahu, dan mula FOKUS kepada perkara yang kita mahu.

Taubat adalah bermaksud menyesali perbuatan lalu dan berazam memperbaiki perbuatan akan datang. Yakni, kita nak bina sesuatu yang baru dalam diri kita, dan syaratnya adalah perlu meninggalkan perbuatan lalu.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini.

(Imam Ghazali)

Selagi kita masih di takuk yang lama, pasti susah untuk kita beralih kepada sesuatu yang baru betul? Justeru, penting untuk sentiasa melazimi taubat.

Supaya kita sentiasa bersihkan diri daripada perkara-perkara lalu, sama ada dosa atau tabiat buruk, seterusnya FOKUS dengan betul-betul untuk membina pahala dan tabiat baru yang lebih baik.

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

 

3. Berdoa kepada Allah

Mu’az bin Jabal ra menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah SAW memegang tangannya lalu baginda  SAW bersabda :

“Wahai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu.”

Lalu baginda bersabda,

“Aku wasiatkan kepadamu  Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa,

اَللَّهُمَّ اَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu).”

Riwayat Abu Daud

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Selepas kita berniat, kita serah ke Allah terus untuk menguruskan diri kita. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pengurus. Sehinggakan  jantung yang berdegup ini pun kita tidak mampu uruskan, apatah lagi, menguruskan seluruh diri kita. Berdoalah kepada Allah, memohon hidayah dan rahmat limpah kurniaNya.

 

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

 

TIPS SETERUSNYA

4. Mulakan dengan Perubahan Yang Ringan

Jangan gelojoh. Tergesa-gesa itu amalan syaitan. Analoginya, andai sekarang berat kita 150kg, jangan gelojoh mahu terus turunkan kepada 50kg. Bahkan Al Quran diturunkan secara berperingkat.

Lebih baik turunkan berat badan sedikit demi sedikit secara berperingkat dan tanpa penyakit. Berbanding, turun menjunam namun mendapat 101 penyakit kerana, pemakanan yang tidak sihat dan penggunaan produk kuruskan badan yang banyak. Ini analogi sahaja supaya lebih mudah faham.

 

Daripada Aisyah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

 

 

5. Pilih Persekitaran yang Sama Dengan Misi Kita

Rasulullah saw bersabda,

“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.

Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak.”
Riwayat Bukhari dan Muslim 

Andai kita pelajar yang mahu capai KECEMERLANGAN dalam sesuatu peperiksaan, maka bergaullah dengan orang yang sama misi dengan kita. Supaya misi kita tidak terganggu sebaliknya saling mendorong sesama rakan bagi mencapai misi itu.

Persekitaran yang baik dapat membawa hati dan jiwa yang tenang. Andai kita orang yang mahu berniaga, maka bergaullah dengan orang yang sudah lama berniaga. Supaya daripada situ, kita boleh mendapatkan tips perniagaan daripadanya. Berbanding kita bersama dengan orang yang tidak suka berniaga, pasti dicemuh atau direndah-rendahkan niat kita untuk mulakan perniagaan.

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

 

 

6. Jaga Solat dan Sentiasa Mengingati Allah

Solat mempunyai rahsia tersembunyi yang boleh membantu kita perbaiki perubahan kita. Andai kita seorang yang suka bertangguh, cuba kita perhatikan adakah kita seorang yang selalu melengahkan solat?

Andai kita seorang yang selalu tergesa-gesa, cuba renung cara kita solat. Adakah tergesa-gesa atau secara perlahan-lahan dan khusyuk?

Paksakan diri untuk sentiasa berusaha menunaikan solat pada awal waktu, dan memperbaiki cara kita solat selama 66 hari. Kemudian, lihat bagaimana kehidupan kita setelah memperbaiki solat kita. InsyaAllah pasti ada perubahan untuk misi mencapai  istiqomah kita.

Solat merupakan salah satu tanda kita sebagai hamba mengingati Pencipta.

Di samping itu, bagi meningkatkan potensi perubahan kita, usahakan untuk sentiasa mengingati Allah. Sama ada dengan memperbanyakkan membaca Al Quran atau berzikir atau berdialog atau meluahkan kepada Allah apa yang kita mahukan untuk perubahan kita itu, dan betapa kita sangat memerlukan Allah untuk membuat transformasi kita berjaya dengan izin-Nya.

 

 

Cara Istiqomah Berubah Kepada Kebaikan

 

 

7. Besyukur pada Setiap Proses

Apabila kita masuk syurga, apa yang kita boleh raikan bukanlah tentang matlamat kita dapat masuk syurga. Tetapi proses yang telah kita lalui untuk masuk ke syurga.

Seperti kita masuk universiti 3 tahun untuk dapatkan Ijazah. Pasti ketika hari graduasi kita, ada 101 perasaan. Antaranya gembira. Gembira kerana telah berjaya tamatkan pelajaran selama 3 tahun itu setelah melalui 101 pengalaman suka dan duka di dunia kampus. Satu kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Hari graduasi itu adalah hari kita raikan segala usaha dan penat lelah, menamatkan dunia kampus untuk mendapatkan ijazah kita. Sama juga dalam projek istiqamah ini. InshaAllah dengan menulis dalam Buku Kejayaan, kita lebih jelas tentang perubahan yang kita lakukan. Sedikit namun ada penambahbaikan pada tiap hari.

Kan best tengok! Baru bersemangat! Buku Kejayaan juga adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah dan diri, bahawa kita dapat buat lebih baik pada hari itu berbanding sebelum ini.

 

 

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran

 

Ikuti langkah di dalam link video di atas ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This