6236 ke 6666?

6236 ke 6666

 

6236 KE 6666?
 
 
Alhamdulillah, ramai yang dah VIRALKAN teknik DAKWAH MUDAH & SANTAI kelmarin.
 
Iaitu tuliskan
 
I LOVE 6236
I LOVE 6236
I LOVE 6236
 
MUDAH & SENANG kan DAKWAH ni.
 
Cuma, ada sedikit perbahasan pada bilangan ayat Al Quran pula. Tapi, saya suka kerana ianya menampakkan bahawa kita CINTA kepada Al Quran.
 
Buktinya, kita ambil perhatian terhadap perkara itu..
.
.
Disebabkan ramai yang tanya, jadi saya tolong jawabkan apa yang dijawab oleh ulama’.
.
.
Nak tahu ke Nak?
.
.
Mestilah, ustaz.. Hehehe
.
.
Saya sebutkan dahulu kenapa bilangan ayat Al Quran adalah 6236 bukan 6666.
.
.
Cuba anda buka Al Quran dan senaraikan surah & bilangan ayat setiap surah.
.
Hmm.. Tak pe2. Saya tolong listkan dekat bawah, anda double check je.
.
.
Al Quran ada 114 surah.
.
Saya total kan 5 surah 5 surah.
 
1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat
6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684 ayat
11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428 ayat
16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582 ayat
21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449 ayat
26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537 ayat
31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236 ayat
36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513 ayat
41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292 ayat
46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165 ayat
51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304 ayat
56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184 ayat
61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66 ayat
66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190 ayat
71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172 ayat
76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209 ayat
81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131 ayat
86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112 ayat
91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63 ayat
96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51 ayat
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36 ayat
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23 ayat
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20 ayat
———————————————————–
Jumlah = 6,236 ayat
———————————————————–
.
.
Betul kan, 6236.
.
Cuba kita check pula mengikut ulama Fawasil.
 
Ilmu Fawasil ialah ilmu penentuan bilangan ayat Al Quran.
 
Semuanya bersepakat dengan secara puratanya 6200.
 
Mengikut 7 ulama’ Fawasil kesemuanya :
 
1) Al Madani Awwal = 6214 @ 6217 ayat.
2) Al Madani Al Akhir = 6214 ayat.
3) Al Makkiy = 6210 ayat.
4) Al Bashriy = 6204 ayat.
5) Ad Dimasyqi = 6226 ayat.
6) Al Himshi = 6232 ayat.
7) Al Kufi = 6236 ayat.
 
Bilangan bagi mushaf yang kita baca sekarang ialah Mushaf Al Kufi dengan versi bacaan imam Hafs ‘An ‘Asiim dikira sebanyak beraaapaaaa?
.
6236, ustaz.
.
.
Mumtaz.
.
.
Sekarang, kita dah tahu bahawa 6666 adalah salah.
.
.
Opsss, rilek dulu. Jangan cepat salahkan orang. 6666 ada juga jawapannya.
.
.
Dah ready??
.
.
Dah, ustaz..
.
.
Ok.
.
==========================================
 
Jawapan untuk 6666 pula ialah :
 
Terdapat dalam kitab Aqidah An Najin.
.
6666 ialah
 
*1000 ayat berkaitan ayat-ayat menyuruh membuat kebaikan.
*1000 ayat berkaitan ayat-ayat mencegah kemungkaran.
*1000 ayat berkaitan ayat-ayat janji diberi pahala.
*1000 ayat berkaitan ayat-ayat janji dibalas seksa.
*1000 ayat berkaitan berita dan cerita.
*1000 ayat berkaitan ayat membandingkan dengan sesuatu.
*500 ayat tentang halal dan haram.
*100 ayat tentang doa dan tasbih.
*66 ayat tentang nasikh dan mansukh.
 
 
Total semuanya ialah 6666.
.
.
Tapi jumlah 6666 ialah bukan jumlah bilangan ayat yang sebenarnya tetapi dipecahkan berdasarkan TOPIK.
.
.
Kejap ye.
.
.
Ada satu lagi jawapan untuk 6666.
.
.
Boleh saya teruskan?
.
.
Semangat ke semangat??
.
.
Semangat ustaz…
.
.
Ok.
.
===========================================
 
6666-6236 = 430
.
.
Kalau 6666 ditolak dengan 6236 jawapannya ialah 430.
Banyaknya. Kalau ulama’ tersalah kira pun, tak akan la sampai banyak sangat bezanya.
 
So, mesti ada sebabnya ni.. Kan?
.
.
430 ialah bilangan angka bagi perkataan Nabi Muhammad SAW, (Allahumma Solli ‘Ala Muhammad) mengikut ejaan bahasa Arab.
.
.
Mim, Ha, Mim, Dal. Muhammad.. (Allahumma Solli ‘Ala Muhammad)
.
.
Macam mana tu, ustaz?
.
Menarik tu.
.
Sekarang perkataan Muhammad kita pecahkan ia satu persatu-satu,
 
“mim, ha, mim, dal”
 
Sekarang kita cuba kirakan.
 
Mim huruf ke 24 —–> surah ke 24 jumlah ayatnya 64
Ha huruf ke 6 ——-> surah ke 6 jumlah ayatnya 165
Mim huruf ke 24 —–> surah ke 24 jumlah ayatnya 64
Dal huruf ke 8 ——-> surah ke 8 jumlah ayatnya 75
 
Cuba totalkan nombor surah dan jumlah ayat.
 
24 + 64 = 88
6 + 165 = 171
24 + 64 = 88
8 + 75 = 83
——+
430
______
 
.
.
Hah.. 430.
.
.
Jadi, terjawablah kenapa ada yang sebut bilangan ayat Al Quran 6666.
.
.
Boleh ke boleh?
.
.
Tetapi, bilangan ini adalah bukan juga bilangan ayat Al Quran yang sebenarnya.
.
.
KESIMPULANNYA, bilangan ayat Al Quran yang sebenarnya mengikut bilangan ulama’ Al Kufi, mushaf yang kita baca sekarang ialah 6236 ayat.
 
Cuma, kita tidak boleh kata 6666 adalah salah.
.
.
Faham ke faham?
.
.
Semoga bermanfaat ye.
.
.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
 
#AlMukhlisin
 
www.almukhlisin.my
 
 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This