AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

6 Tips Berkesan Mendidik Anak Menghafal Al Quran

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 2 mins read
6 Tips Berkesan Mendidik Anak Menghafal Al Quran

15-02-2017

Kelebihan menghafal sudah diketahui ramai. Cuma cara untuk membimbing jarang dikongsikan.

Cara untuk mengajar anak membaca Al Quran boleh diterapkan di dalam kehidupan seharian, malah ia juga boleh mulai dari seawal 6 bulan. Disini, saya ingin kongsikan tips-tips untuk medidik anak-anak menghafal Al Quran.

1. Mulakan dengan memberikan si kecil anda mendengar ayat suci Al Quran

Anda boleh mula mendidik anak-anak membaca Al Quran semasa dia dalam kandungan. Setiap detik basahi mulut anda dengan ayat-ayat Al Quran. Anda juga perlu tanamkan niat. Niatlah supaya anak mendengar ayat-ayat Al Quran yang dibaca oleh ibunya dan kerana Allah. In Shaa Allah anak anda akan berkembang dengan bijak apabila mendengar ayat-ayat Al Quran.

2. Gunakan dengan bantuan alat mengajar untuk anak-anak

Pada usia 6 bulan, kita boleh ajar mereka dengan menggunakan flashcard. Bayi hanya boleh lihat dengan 3 warna sahaja, putih, hitam dan merah, iaitu, kertas berwarna putih, tulisan huruf warna hitam dan baris bewarna merah. Flash kan setiap hari paling kurang 2 kali sehari. Sekali flash hanya 15 saat sahaja. Pilih 5 huruf untuk minggu pertama.

3. Memasang kaset didalam kereta

Tambahan lagi, untuk mendidik anak anda, pasangkan kaset Al Quran di dalam kereta, tidak kira pergi ke mana-mana.

4. Jadikan Halaqah/Usrah membaca Al Quran di dalam Rumah Anda.

Susun jadual rumah anda, setiap hari selepas maghrib halaqah/usrah membaca Al Quran. Kalau tak dapat setiap hati, pastikan seminggu sekali. Satu keluarga bersama-sama membaca Al Quran.

Dengan ini si kecil juga akan dapat mendengarnya sekali. Kecintaan anak-anak anda terhadap Al Quran akan semakin membuak-buak.

5. Bina suasana di rumah Al Quran di Mana-Mana

Hashtag #AlQuranDiManaMana kalau bahasa zaman teknologi sekarang.

Maksudnya di sini, letakkan Al Quran di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah untuk dilihat oleh anak-anak anda. Dengan ini, anak anda akan mula mencintai untuk membacanya.

6. Baca Sebelum, Semasa & Selepas Tidur

Tidur adalah antara masa yang penting untuk memasukkan memori dalam minda anak-anak. Kita perlu memasukkan Al Quran dalam hati dan otak anak ketika SEBELUM TIDUR, SEMASA DAN SELEPAS BANGUN TIDUR. Sebelum mereka tidur (tidur pada waktu malam), pasangkan alunan Al Quran secara sayup-sayup di tempat anak tidur. Jangan pasang terlalu kuat. Lebih baik lagi, pasangkan sehingga waktu pagi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi akan terjaga banyak kali pada setiap malam.

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

(Visited 167 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Sinopsis Surah Al Fatihah – Surah Yunus

Next Post

Doa-doa dari Al Quran

Related Posts

Al Quran BFF ku
Info Quran

Quran BFF Ku

5 February 2022
Al Quran Mukjizat Paling Agung
Info Quran

Al Quran Mukjizat Paling Agung, Rebutlah Ganjaran Membacanya

29 December 2021
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Doa-doa dari Al Quran

Doa-doa dari Al Quran

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?