5 Tips Mudah Hafal Asmaul Husna Yang Membuka Rezeki Anda

 

Asmaul Husna AlMukhlisin

 

Mulakan hari anda dengan membaca Asmaul Husna supaya REZEKI anda akan dibuka oleh AR ROZZAQ seluas-luasanya.

Diantara REZEKI yang sangat-sangat diimpikan oleh semua manusia ialah dapat memasuki syurga Allah.

Mafhum Hadis NABI SAW.

Sesunguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menjaganya maka dia akan memudahkannya untuk memasuki syurga.” 

(HR. Bukhari, no.2736, Muslim, no.2677 dan Ahmad, no.7493).

 

1) BANYAKKAN MENDENGAR

Dengan cara mendengar alunan nasyid Asmaul Husna akan memudahkan kita menghafalnya.

Anda boleh mendengarinya di radio, kaset atau Youtube

TEKAN DI SINI  untuk mendengarnya di YOUTUBE

 

2) MEMBAHAGIKAN HAFALAN MENGIKUT RENTAK NASYID.

Asmaul Husna mempunyai 100 nama. Jadi, cara untuk menghafalnya dengan membahagikan mengikut rentak nasyid.

Ikuti rentak nasyidnya DI SINI.

3) JADIKAN AMALAN HARIAN.

Baca Asmaul Husna setiap kali selepas subuh atau sebelum pergi kerja. InsyaAllah dengan amalan ini akan memudahkan segala urusan anda pada hari itu.

Anda juga akan dimurahkan REZEKI oleh AR ROZZAQ (Yang Maha Membuka Rezeki)

4) AMALAN WAJIB DI SEKOLAH-SEKOLAH ATAU TEMPAT KERJA.

TEMPAT KERJA.

Jika anda seorang bos. Masukkan di dalam agenda jadual harian untuk membaca Asmaul Husna setiap pagi sebelum memulakan aktiviti lain.

Lantik ketua untuk menjadi leader membaca Asmaul Husna ini. Atau boleh juga dengan memasang radio untuk didengari oleh semua.

Jika anda seorang pekerja. Cadangkan kepada bos anda untuk memasukkan ke dalam agenda jadual harian.

SEKOLAH.

Pasang setiap pagi sebelum memasuki kelas di speaker supaya didengari oleh warga sekolah.

Ketika waktu perhimpunan, mulakan dengan Asmaul Husna dahulu baru diteruskan dengan lagu NEGARAKU atau seterusnya.

Apabila anak-anak murid dimulakan dengan ruh keagamaan dalam diri mereka. Ianya akan memudahkan dan mengurangkan keletihan dalam proses guru-guru untuk mendidik.

Mereka juga akan mudah untuk memahami apa-apa yang dipelajarinya.

5) BANYAKKAN BERDOA

Banyakkan berdoa memohon supaya Allah memudahkan kita dalam menghafal nama-namaNYA yang indah ini.

Berdoalah kerana Allah sangat-sangat menyukai yang orang suka berdoa.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This