5 Faktor Kenapa Versi Bacaan Imam Hafs Paling Popular

Kenapa Versi Bacaan Imam Hafs Paling popular__

 

“Ustaz dah terangkan dekat saya sebelum ini berkenaan versi bacaan Al Quran mempunyai 10 Imam Qiraat kesemuanya. Tetapi, kenapa versi bacaan Imam Hafs yang paling Popular??”
 .
Nanti saya belanja awak Nasi Ulam Cikgu.. Hehe.. Bagus betul soalan awak ni.. Memang ramai yang tak pernah tahu.
 .
Alhamdulillah.. Nanti saya tanya ustaz, banyak lagi soalan-soalan, dapat la makan free.. Hehe
 .
Boleh2.. Hehe
 
1) Sanad Qiraat Hafs berakhir dengan 5 sahabat utama Nabi SAW.
  • -Abdullah Bin Mas’ud, sahabat yang bacaannya mendapat pengiktirafan Nabi SAW
  • Sayyidina Ali Bin Abi Tholib, Khalifah Keempat, sepupu Nabi SAW & menantu Nabi SAW
  • Zaid Bin Thabit, penulis wahyu.
  • Ubay Bin Ka’ab, sahabat yang diminta oleh Allah untuk diajarkan Al Quran kepadanya.
  • Sayyidina Uthman Bin ‘Affan, Khalifah ketiga yang memerintahkan untuk dituliskan Al Quran secara sistematik.
Yang kedua..
 
2) Versi bacaannya mirip dengan tulisan Rasm Uthmani & perbezaan bacaanya tak banyak .
 
 
  • Contohnya, pada perkataan Maaliki ayat 4 Surah Al Fatihah.
Al Fatihah -AlMukhlisin
Bagi Imam Hafs dibaca dengan Maaliki iaitu sepertimana tulisan Rasm Uthmani (Quran yang kita baca sekarang).
 
Tetapi ada sesetengah Imam Qiraat membaca dengan Maliki ; iaitu baca dengan 1 harakat sahaja, tidak seperti tulisan Rasm Uthmani.
 
 
  • Tak banyak bacaan Imam Hafs dibaca dengan 2 @ 3 wajah bacaan.
 
Seperti Contoh :
 
1) Perkataan Dhokfin ayat 54 Surah Ar Rum dibaca dengan 2 wajah
2) 3 perkataan Mad Farqi dibaca dengan 2 wajah
3) Bacaan sambung & berhenti pada ayat 36 surah An Naml
 
Dan beberapa tempat lain akan dikongsikan dalam episod lain.
Oh.. Macam tu.. seterusnya ustaz..
 
3) Versi bacaan Imam Hafs ini banyak tersebar kerana pemerintah & mazhab
 
 
  • Imam Abu Hanifah beliau lahir 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi wafat 150 Hijrah (767 Masihi) 

Ketika zaman beliau Mazhab rasmi ialah Mazhab Imam Abu Hanifah. Dan beliau membaca mengikut versi bacaan Imam Hafs. Beliau sezaman dengan Imam Hafs & Imam ‘Aasim.

 
Pemerintah ketika itu menggunakan bacaan Imam Hafs.
 
Ilmu yang sangat bagus ustaz.. Kejap ustaz.. Saya nak tulis. Nanti boleh saya sebarkan ilmu ini dengan orang lain.. Ok ustaz.. Yang Keempat ustaz
4) Faktor percetakan Mushaf Rasm Uthmani & penyebaran bacaan
 
  • Al Quran pertama kali dicetak pada tahun 1964 di Hamburg, Jerman apabila mesin cetak pertama dicipta oleh Johanes Gutterburg pada abad ke 15.
  • Al Quran kemudian dicetak pada zaman Turki Uthmaniyyah dengan menggunakan Rasm Uthmani iaitu bacaan Imam Hafs.
  • Sekali lagi, pada tahun 1924 Al Quran mula dicetak secara besar-besaran oleh pemerintah Mesir dengan menggunakan Rasm Uthmani juga
  • Pada zaman sekarang, apabila jemaah haji atau umrah ke Arab Saudi mereka akan dihadiahkan dengan Al Quran Rasm Uthmani.
  • Penyebaran Cd, Dvd, Kaset & Aplikasi Telefon Pintar. Rakaman Al Quran 30 juzuk pertama kali dilakukan dengan bacaan Imam Hafs yang dibaca oleh Syeikh Mahmud Khalil Husari.
 
Baru saya tahu fakta-fakta ini. Terima kasih ustaz..
Kelima..
 
5) Imam Hafs banyak mengajar di tempat-tempat yang masyhur
 
 
3 tempat masyhur yang beliau mengajar ialah Baghdad, Kufah & Mekah.
 
  • Baghdad ialah pusat kegiatan ilmiah & pusat pemerintahan khalifah
  • Kufah ; adalah kubu kuat pengikut Sayyidina Ali berkumpul.
  • Mekah sudah tentu kemasyhurannya tempat orang muslim seluruh dunia berkumpul untuk menunaikan haji & umrah.
 
Inilah diantara 5 sebab kenapa versi bacaan imam Hafs paling popular berbanding bacaan imam Qiraat yang lain.
.
Terbaik ustaz.. Saya akan kongsikan ilmu ini dengan yang lain.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This