4 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat

Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang paling istemewa daripada hari-hari lain. Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan 4 aktiviti yang boleh dilakukan pada hari Jumaat.

1. BANYAKKAN BERDOA

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam , dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(HR Ibnu Majah)

2. MEMBACA SURAH AL KAHFI
Rasulullah SAW berkata:“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(Sahih, al-Hakim:3392)


3. BERSELAWAT KEPADA JUNJUNGAN NABI SAW
Rasulullah s.a.w bersabda: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).”
(HR Al Baihaqi)
 4. BERWUDUK  SEBELUM KE MASJID & MENDENGAR KHUTBAH
Rasulullah bersabda maksudnya :“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”.
(HR Muslim)
 Dan banyak lagi aktiviti yang kita boleh lakukan pada hari Jumaat.
Marilah kita berdoa supaya dapat mati pada hari Jumaat kerana orang mati pada hari Jumaat akan diselamatkan daripada azab kubur.
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur).
(HR At-Tirmizi)

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This