Dalam penulisan yang lalu, ustaz dah kongsikan 28 Huruf Hijaiyah berbaris atas yang dibaca dengan vokal “A” dan “O” menggunakan Formula 20 + 8. Boleh baca kembali di sini : https://www.almukhlisin.my/28-huruf-hijaiyyah-berbaris-atas-dibaca-vokal-a-o/
Sekarang jom kita tengok, huruf ape pulak yang dibaca dengan vokal “I” .

Untuk belajar tajwid, istilah vokal yang digunakan sama macam apabila kita ajarkan anak² kecil untuk mengenal bunyi huruf a,i,u.
Vokal “A” untuk ayam,
Vokal “I” untuk itik,
Vokal “U” untuk ular,
Dan begitulah seterusnya.
Jadi, huruf² hijaiyah juga akan dibaca dengan vokal “I” apabila berbaris bawah, atau nama lainnya berbaris Kasrah.
Macam mana nak sebut dengan betul ? Mudah saja caranya. Apabila menyebut huruf berbaris bawah ini, pastikan mulut dan bibir anda dalam keadaan senyum.

Jom semak di bawah, apakah huruf-hurufnya.




Senang je kan nak sebut? Tapi yakin ke sebutan anda 100% betul?
Kalau tak yakin, cepat-cepat pergi cari guru Quran anda ye.
Semoga bermanfaat. Sebarkan kepada seramai mungkin supaya pahala menyebarkan kebaikan akan sentiasa bertambah dalam akaun pahala anda.