2 Tahun Dah Hafal 42 Surah – Ibu Bongkar Rahsia Didikan Ziyyad

2 Tahun Dah Hafal 42 Surah - Ibu Bongkar Rahsia Didikan Ziyyad

Ketahui bagaimana mendidik anak hafal al Quran di usia bayi yang saya petik daripada perkongsian di laman facebook Siti Asmida Mokhtar.

Puan Shahida Lukman, ibu kepada Ziyyad berkongsi pengalaman cara mendidik anak beliau dalam satu program yang santai tetapi penuh terinspirasi, kagum dan bersemangat sehingga aura-aura positifnya melekat kepada peserta yang hadir. Alhamdulilah.

2 tahun dah hafal 42 surah: ibu bongkar rahsia didikan Ziyyad

Sebelum kahwin lagi dah pasang cita-cita

Ceritanya bermula dengan niat yang terpahat dihati beliau. Sebelum berkahwin lagi, beliau sudah memasang cita-cita untuk mempunyai anak-anak yang menghafal al Quran serta boleh membawa agama islam.

Demi mencapai niat tersebut, beliau mula mencari ilmu dengan membaca banyak tips-tips dalam mendidik anak mengenal al Quran.

Alhamdulilah, setelah berkahwin dan mengalami fasa kehamilan yang sangat memenatkan kerana alahan yang kuat, menyebabkan diri terbatas untuk membaca al Quran dalam kuantiti yang banyak.

Tips pertama: Perdengarkan Alunan Bacaan Al Quran

Disebabkan kemampuan diri terbatas untuk membaca al Quran, akhirnya beliau tekadkan diri hanya memperdengarkan alunan al Quran untuk anak dalam kandungan. Sepuluh surah ibu mengandung menjadi pilihan beliau dalam suasana yang santai iaitu anak dengar, ibu dengar dan dalam masa yang sama mengikuti bacaan tersebut.

Alhamdulilah, hari pertama Ziyyad dilahirkan hanya tidur. Tetapi hari kedua sudah mula meragam dan menangis seperti mencari-cari dimana alunan yang selama ini didengarinya.

Bermula saat itu, ayat al Quran menjadi penenang paling mujarab untuk Ziyyad. Bermula dengan Juzuk Amma diulang dan diulang sentiasa.

 

2 Tahun Dah Hafal 42 Surah - Ibu Bongkar Rahsia Didik 3 Ziyyad

1 tahun 7 bulan dah boleh ingat 32 surah juzuk amma

Pada usia 1 tahun 7 bulan, ibu Ziyyad mula menyedari bahawanya anaknya sudah mampu mengingati 32 surah Juzuk Amma mengikut susunan surah.

SubhanaAllah, kami yang mendengar sangat kagum sambil menoleh pandangan kepada Ziyyad yang sedang khusyuk menulis ayat Al Quran.

Kejayaan demi kejayaan yang tidak terjangka dan pasti ianya kurniaan dari Allah yang Maha Hebat. Kemudian di usia 2 tahun 8 bulan, Ziyyad menambah hafalannya kepada 42 surah.
(10 surah pilihan + 32 surah Juzuk Amma)

2 tahun dah hafal 42 surah: ibu bongkar rahsia didikan Ziyyad

Antara aktiviti yang dikongsikan oleh Puan Shahida dalam mendidik Ziyyad.

Fokus utama beliau ialah santai bersama Al Quran:

  1. Pasang alunan al Quran di rumah, atau dalam kereta, samada anak sedang bermain atau tidur.
  2. Sambil masak di dapur boleh main teki-teki berkaitan dengan al Quran. Contoh : Yadd, surah al Kahfi ada berapa ayat ?

Hidangkan permainan berasaskan Al Quran seperti

  • Al Quran yang berwarna warni.
  • Susun silang kata potongan ayat al Quran.
  • Isi tempat kosong ayat al Quran.

2 Tahun Dah Hafal 42 Surah - Ibu Bongkar Rahsia Didik 3 Ziyyad

Sikap Ziyyad tidak seperti kanak-kanak lain

Ziyyad kurang berminat kepada ultraman atau kebiasaan permainan anak lelaki. Tetapi beliau sangat “ulat buku”. Itu lah permainan Ziyyad.

Selain itu, Ziyyad sangat sukakan nombor dan angka sehingga boleh kaitkan dengan al Quran. Cara hafalannya juga berserta nombor ayat.

Dalam kereta, mereka sekeluarga lebih suka pasangkan al Quran atau “main” sambung-sambung ayat al Quran. Kadang-kadang dalam perjalanan jauh seperti Kelantan ke Kuala Lumpur, Ziyyad mampu menghafal satu surah al Quran.

Alat Bantu mengajar yang paling berkesan

  1. White Board. Pelbagai saiz white board yang disediakan untuk mengajar Ziyyad menulis, sehingga hari ini tulisan Ziyyad tidak ubah seperti Font di laptop. Cantik dan kemas sangat! Antara aktiviti di white board yang dibuat seperti susun flash card, tulis sendiri ayat Quran perkata, isi tempat kosong dan lain-lain. Bak kata ibu Ziyyad ” White Board memang berjasa sangat-sangat”.
  2. Maker, Crayon dan pensil. Seawal usia 8 bulan sudah mula ajar pegang maker dan crayon.

2 Tahun Dah Hafal 42 Surah - Ibu Bongkar Rahsia Didik Ziyyad

Sumber idea untuk aktiviti ziyyad & pantang larang

Beliau sendiri banyak melakukan search di google sahaja. Pelbagai aktiviti yang dapat dijadikan sumber ilham dan diaptasikan dalam betuk islamik iaitu versi Al Quran.

Antara pantang larang atau perkara yang mesti dielakkan ialah:

  • Pergi ke swimming pool atau taman tema air. Pendedahan aurat serta bercampur ruang mandi wanita dan lelaki. Apabila anak lihat dan menjadi satu kebiasaan ianya bagaikan titik-titik kecil yang akan menjadi hitam.
  • Karnival atau pasar malam yang ada persembahan atau muzik-muzik yang berbentuk hiburan. Jika terbawa beliau akan dukung Ziyyad sambil zikir atau baca al Quran di telinga Ziyyad agar tidak fokus kepada muzik tersebut.
  • Permainan letak duit syiling dan keluar muzik di beberapa tempat seperti pasaraya.

2 Tahun Dah Hafal 42 Surah - Ibu Bongkar Rahsia Didik Ziyyad 6

Antara Nasihat dari Puan Shahida.

  1. Terapkan nilai ” tak soleh ” kepada anak-anak jika terpandang sesuatu yang tidak elok.
  2. Banyakkan memberi pujian kepada anak. Aktiviti anak kalau boleh record dan bagi dia lihat.
  3. Hadkan pengunaan gadget dan jangan bagi anak tengok seorang diri. Ada pengawasan dari ibubapa dan sedikit penerangan dari video-video yang ditonton.
  4. Gunakan kata-kata positif kerana setiap kata adalah doa.
  5. Berpegang kepada doa ibu sangat mustajab maka berdoalah.
  6. Jangan letak target anak cepat pandai tapi ansur maju.
  7. Manfaatkan setiap masa anak-anak kerana mereka bagaikan ” span” yang menyerap apa sahaja yang diajar oleh ibu bapa.
  8. Jangan kedekut atau berkira untuk membeli permainan atau buku kepada anak-anak jika ianya memberi manfaat.

Semoga dengan kisah kejayaan Ziyyad ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita sebagai ibubapa agar terus berusaha mendidik anak-anak dalam melahirkan generasi huffaz al Quran.

Aamiin.

Credit to: Siti Asmida Mokhtar

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This